Seorang pelanggan sebuah restoran makanan segera di Oxford Road, Manchester City ditahan polis selepas menghubungi talian kecemasan 999 hanya kerana mahu mengadu bahawa burger yang dibelinya ada bawang.
Drunken Leslie McDonagh, 53 tahun, dikatakan membuat laporan itu selepas mempunyai masalah alahan dan tidak boleh makan bawang, memaksa dia menghubungi polis.
Dia sebelum itu bergaduh dengan pekerja restoran berkenaan hanya kerana bawang.
Polis kemudian tiba di restoran makanan segera itu untuk menemui McDonagh.
Lelaki itu kemudian ditahan dan dia dilaporkan sedang mabuk.
McDonagh dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan diarahkan melakukan kerja-kerja komuniti. - Astro AWANI