Skip to main content

6 Gambar: Siti Masyitah Ditemui Dalam Keadaan Tragis


KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Itu yang dapat disimpulkan ke atas penemuan mayat kanak-kanak perempuan, Siti Masyitah Ibrahim, 11, yang ditemui dalam keadaan tragis apabila tangan dan kakinya diikat selain beberapa organ dalaman dikeluarkan dari mayatnya.

Segalanya bermula apabila mayat kanak-kanak malang itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 5 petang semalam, selepas mangsa dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu.

Menurut ibu mangsa, Zaleha Abdullah, 35, dia dimaklumkan berhubung penemuan anaknya selepas waktu Asar sebelum dia dan suami Ibrahim Ali, 39, bergegas ke lokasi kejadian.

“Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.

“Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya,” katanya kepada Harian Metro di Pekan, hari ini.

Zaleha berkata, dia mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai kanak-kanak itu sebelum dilaporkan hilang.

Menceritakan detik anaknya hilang, Zaleha berkata, dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera.

“Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

“Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan... bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini,” katanya.

Zaleha menyifatkan Siti Masyitah yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu sebagai anak yang periang dan ceria.

“Mengapa mereka (pembunuh) tergamak lakukan perkara yang sebegini kejam kepada anak saya, apa dosanya?” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung, Mohd Rosli Mat Rasat, 38, berkata, dia antara yang terawal tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan rakannya berhubung penemuan mayat Siti Masyitah.

Katanya, kejadian pembunuhan kejam itu adalah yang pertama berlaku di kampung itu sejak 35 tahun lalu.

“Semasa dia hilang saya dan rakan-rakan mencarinya di seluruh pelusuk kampung termasuk di kawasan mayatnya di temui. Saya rasa dia dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan ini,” katanya.

Mohd Rosli berkata, Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang tiba ke lokasi kejadian pada 8 malam sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu. - Harian Metro Online






Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...