Perasan Ada Benda Terselit Celah Gigi


Pelakon Faezah Elai berkongsi sekeping foto mengundang perhatian netizen.

Foto itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Faezah menarik perhatian netizen apabila gambar itu menampakkan sisa makanan yang terselit dicelah giginya dan membiarkan saja gambar itu walaupun telah menyedari perkara itu sebelum foto itu dimuat naik.

"Disebabkan post gambar sebelum ini ramai memuji gigi saya cantik, saya pun kembang semangkuk.

"Saya pun post lagi gambar bagi nampak gigi, dah snap gambar baru perasan ada pulak benda yang terselit di celah gigi tu! Bikin malu saja!

"Saya bagitahu siap-siap sebelum anda mengata," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif terhadap perkara itu, rata-rata mereka masih memuji bentuk gigi dan kecantikkan Faezah.

Faezah mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2006 dan kerap membuat kemunculan menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan. - Astro Gempak