Skip to main content

Masa Itu Dia Belum Lahir' - Respons Tun M Pada TMJ


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih tidak memahami mengenai Persekutuan Malaysia.

Jelasnya, ia berikutan ketika pembentukan Persekutuan, TMJ belum lagi dilahirkan.

“Dia tak faham tentang persekutuan, masa tu dia belum lahir. Jadi dia tak tahulah tetapi saya sudah lahir masa tu. Persekutuan bermakna menguasai seluruh negara. Ini tak boleh, itu tak boleh.

"Kita ada senarai apa yang dikuasai oleh Persekutuan, ada yang dikuasai oleh negeri, dan ada disebut bahawa Federation tak boleh keluar kenyataan.

Kalau dibuat kenyataan, negeri buat kenyataan kita tak boleh komen," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini.

Tunku Ismail melalui laman sosial Facebook pada Rabu bertitah, kerajaan perlu mula mentadbir, berhenti berperang antara satu sama lain dan berhenti mempolitikkan setiap isu.

Baginda juga akan terus konsisten dan berpegang teguh dengan prinsipnya menyuarakan pendapat terhadap kerajaan PH demi kesejahteraan rakyat. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut