Allahuakbahar, Besar Dugaannya, “Mak Belum Tahu Tangan Dia Dah Tak Ada...”


Penyanyi Linda Rafar akui sebak apabila mengenang nasib ibunya Rasimah Abd Rahman, 73, selepas sebelah tangannya telah dipotong hingga ke bawah siku.

Lebih sayu lagi, menurut Linda ibunya belum mengetahui keadaan dirinya yang sudah ketiadaan sebelah tangan kerana dia tidak sampai hati untuk memberitahu perkara tersebut.

Difahamkan tangan ibu Linda dipotong akibat terkena gigitan serangga tiga bulan lalu.

“Hari ini..hari yg linda rasa sebak sangat pasal tangan mak yg kena gigitan serangga 3bulan lepas di potong sampai bawah siku...

“Mak blum tau yg tangan dia dah xde ..x sampai hati nk bg tau dia..

“Cuma apa yg linda nk mintak jasa baik semua tolong doakan mak linda trus kuat dan Sihat kembali mcm selalu...

“Linda x kuat nak harungi semua dugaan ini tp linda percaya setiap dugaan yg allah beri pasti ada ganjarannyaa.. linda syg mak linda sgt2... love u mak,” tulisnya

Kongsi ahli kumpulan Elite itu di akaun Instagram peribadinya.

Entri tersebut mendapat perhatian ramai pengikutnya yang turut bersimpati dengannya.

Rata-rata mengharapkan agar Linda sekeluarga dan terutama ibunya kuat menghadapi dugaan tersebut.