5 Gambar Ibu Dan Bayi 8 Bulan Meninggal Dalam Kemalangan.


SEGAMAT - Sorang wanita yang merupakan jururawat di Hospital Segamat maut bersama bayi lelaki selepas Perodua Alza dipandunya bertembung dengan lori.

Kemalangan ngeri itu berlaku di Jalan Utama Selancar berhampiran FELDA Selancar 6, Muadzam Shah, dekat Rompin, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, identiti kedua-duanya mangsa masih belum dikenal pasti.

Turut kritikal dalam kejadian itu adalah anak lelaki kepada mangsa yang dikejarkan ke Hospital Segamat, Johor untuk menerima rawatan.

Difahamkan, ketika kejadian jururawat dan kedua-dua anaknya itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Selancar selepas bertugas di hospital pada syif sebelah malam.

Jurucakap Bahagian Trafik Balai Polis Muadzam Shah, berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 9.50 pagi tadi yang memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

“Pemandu Perodua Alza iaitu seorang wanita dan bayi berusia lapan bulan maut di tempat kejadian, mayatnya dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat.

“Seorang lagi anak lelakinya pula kritikal dan dibawa ke Hospital Segamat,” katanya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor mengesahkan kejadian itu dan pihaknya kini masih mengumpul maklumat termasuk identiti mangsa. - Harian Metro