Skip to main content

Orang Awam Boleh Tangkap Penjenayah


BUNUH, rogol, culik, rompak, samun dan ragut. Itu antara kesalahan yang membenarkan orang awam untuk menangkap penjenayah seperti yang tertakluk mengikut Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun, tangkapan oleh orang awam ini mempunyai had tertentu dan bukannya kewajipan, sebaliknya bergantung kepada kemampuan diri sendiri tanpa merisikokan keselamatan.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Daerah Ampang Deputi Superintendan Kee Hang Kee berkata, orang awam mempunyai hak untuk menahan penjenayah apabila kejadian berlaku di depan mata dan perlu menyerahkannya kepada pihak polis serta-merta.

“Mengikut Seksyen 27 Kanun Prosedur orang awam boleh menahan penjenayah bagi kesalahan yang tidak memerlukan waran tangkap polis seperti bunuh, rogol, culik, rompak, pecah masuk premis, samun dan ragut.

“Tangkap penjenayah seadanya mengikut kemampuan dan tidak mencederakan penjenayah berkenaan. Jika penjenayah menyerang, orang awam boleh mempertahankan diri termasuk menggunakan senjata tanpa memberikan kecederaan yang mudarat kepada penjenayah,” katanya ketika sesi ceramah Kuasa Menangkap Penjenayah Oleh Orang Awam dalam Program Bersama Masyarakat di Kampung Baru Ampang, Ampang, hari ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan dalam program yang bermula 8.30 pagi itu termasuk ceramah mengenai penipuan atas talian, ceramah penyalahgunaan dadah, pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Hang Lee berkata, orang awam hanya akan mencari kesusahan dan boleh didakwa jika bertindak melampau dengan mencederakan penjenayah, termasuk sehingga menyebabkan kematian.

“Jika anda tidak mampu untuk melawan atau menangkap penjenayah, jangan cuba membahayakan diri sendiri kerana hak ini adalah pilihan dan bukannya kewajipan.

“Sejurus tahan, terus hubungi polis dan jangan sesekali membawa penjenayah ke tempat lain. Tidak dibenarkan mencederakan penjenayah kerana sudah terdapat kes yang mana orang awam yang menangkap dituduh atas kesalahan mencederakan dan membunuh suspek,” katanya.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Saga, Ampang Abdul Razak A Rahman berkata, ceramah yang diberikan hari ini memberi pendedahan kepada pihaknya mengenai pencegahan jenayah dan bakal diaplikasikan di kawasan kediamannya nanti.

“Selaku pemimpin kejiranan, kami perlu sentiasa menambah ‘input’ dan seterusnya ilmu yang baru itu akan dikongsikan kepada penduduk lain. Dalam masa sama melaksanakannya,” katanya yang menyokong program bersama masyarakat seperti ini. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...