Powered by Blogger.

Wednesday, October 3, 2018

Video: Najib Dan Rosmah Di Mahkamah Air mata Ellie Gugur

Pelakon dan pengarah filem Ellie Suriati tidak dapat menahan kesedihan melihat Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dibawa ke mahkamah.

Menurut Ellie beliau tersentuh apabila seorang yang telah banyak berjasa kepada negara diperlakukan sedemikian.

Ellie menganggap kepimpinan bekas perdana menteri disifatkannya terbaik dalam membawa negara ke peringkat tertinggi.

Najib dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk sebutan kes salahguna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Manakala Rosmah berada di mahkamah sesyen untuk pertama kali di mana beliau dijangka menghadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.