Skip to main content

Seminit Puting Beliung Yang Menakutkan Terbang Bumbung Rumah


ALOR SETAR 24 Okt. - Sembilan sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan berdepan saat cemas apabila bumbung dapur rumah mereka diterbangkan angin kencang dalam kejadian puting beliung di Kampung Alor Melintang, dekat sini petang tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika lapan ahli keluarga tersebut berada di ruang tamu rumah manakala seorang lagi di dapur.

Mangsa, Nor'adzian Abd. Majid, 57, berkata, angin kencang bersama puting beliung itu datang dari arah belakang rumahnya lebih satu minit sahaja namun menerbangkan bumbung dapur rumahnya.


"Ketika kejadian, saya bersama empat orang anak berusia antara 20 hingga 35 tahun, tiga cucu berusia 10 bulan hingga empat tahun dan seorang menantu berusia 27 tahun terkejut apabila mendengar bunyi puting beliuang yang kuat dan menakutkan.

"Selepas itu bumbung dapur rumah saya diterbangkan angin kencang sebelum tersangkut pada sebatang pokok mempelam sejauh kira-kira tiga meter," katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Nor'adzian yang merupakan ibu tunggal berkata, rumahnya terletak di kawasan sawah padi dan sebelum ini selalu berlaku angin kencang tetapi tidak menjejaskan rumahnya.


"Saya bersyukur ahli keluarga saya terselamat dalam kejadian puting beliung itu," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam (APM) Kota setar, Mohd. Zain Bahrum berkata memberitahu, setakat ini, pihaknya hanya menerima laporan sebuah rumah sahaja yang mengalami kerosakan dalam kejadian puting beliung tersebut.

"Seramai empat anggota APM dari daerah Kota Setar bergegas ke tempat kejadian untuk membantu kerja-kerja susulan selepas kejadian itu," katanya. - UTUSAN ONLINE

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut