Skip to main content

Kisah Sebenar Kanak-Kanak Muntah Atas Baju Anggota Bomba


LAYAN umpama anak sendiri. Itu tindakan terpuji anggota bomba yang tidak kisah selepas kanak-kanak perempuan mangsa kebakaran dipangkunya muntah di atas baju kalis api dipakai ketika bertugas.

Gambar Muhammad Azlan Mohd Nor, 30, anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya yang tular di media sosial mendapat komen amat positif dalam kalangan netizen.

Tidak kurang juga ada netizen yang terharu selepas melihat gambar anggota bomba terbabit melayan mangsa, Naurah M Nor Shahil, 3, umpama anak sendiri.

Anggota Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (ERMS) itu berkata, kejadian itu berlaku ketika dia ditugaskan untuk membantu operasi memadam kebakaran di Taman Arked, Dengkil selepas menerima panggilan pada 12.03 tengah malam, semalam.

“Kebakaran berlaku di ruang tamu kediaman berkenaan menyebabkan tujuh mangsa termasuk kanak-kanak perempuan yang saya pangku mengalami sesak nafas.

“Saya ditugaskan untuk menghantar mangsa yang sesak nafas ke hospital pada 1 pagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dia yang sudah berkhidmat selama 10 tahun bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, dia mengiringi kanak-kanak perempuan itu dan ibunya.

“Ibu mangsa ketika itu dalam keadaan lemah akibat sesak nafas, jadi saya mengambil tanggungjawab berkenaan dengan memangkunya.

“Mungkin kanak-kanak itu berasa loya ketika dalam perjalanan, secara spontan dia beritahu mahu muntah dan saya mengizinkan.

“Dia kemudian muntah atas baju kalis api dan saya hanya tersenyum. Saya tak kisah dengan perbuatan mangsa sejujurnya saya anggap dia macam anak perempuan saya malah usia mereka juga mungkin sebaya,” katanya.

Bagi Muhammad Azlan, sudah menjadi tugas anggota pasukan menyelamat untuk memberikan keselesaan kepada mangsa apatah lagi kanak-kanak yang baru berusia empat tahun.

“Mangsa masih kecil jadi dan kurang mengerti mengenai musibah yang berlaku. Menjadi tanggungjawab saya untuk menenangkan mangsa.

“Tak sangka kejadian ini menarik perhatian netizen selepas foto kami yang dirakam seorang pegawai perubatan yang turut berada dalam ambulans sama tular di media sosial.

“Terima kasih atas pujian yang diberikan di laman sosial, bagaimanapun pujian sebenarnya harus diberikan kepada enam sahabat kami yang berkorban nyawa dan meninggal dunia sebelum ini (akibat lemas), mereka sudah melakukan yang terbaik,” katanya.

Menurutnya, enam rakan sekerja yang terkorban dalam kejadian lemas ketika operasi menyelamat remaja Mohd Ilham Fahmi Mohd Azzam, 17, di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, awal bulan ini dianggap sebagai adik-beradik.

“Memang sudah naluri anggota bomba iaitu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan insan lain. Kami ikhlas selamatkan mangsa tidak kira apa yang berlaku. Sebelum ini darah dan isi daging manusia pun pernah melekat di mulut kami ketika dalam operasi.

“Apa yang penting bagi kami, mangsa selamat walaupun terpaksa bergadai nyawa. Kami kehilangan enam sahabat ketika menyelamatkan mangsa lemas, saya masih bersedih atas apa yang berlaku,” katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...