Hos rancangan popular Running Man, Yoo Jae Suk menyatakan rasa gembira apabila isterinya, Na Kyung Eun selamat melahirkan anak kedua mereka.
Bayi perempuan comel itu selamat dilahirkan pada 19 Oktober lalu.
Menerusi kenyataan rasmi syarikat pengurusannya, FNC Entertainment, kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.
“Benar, isteri Yoo Jae Suk selamat bersalin anak perempuan pada pagi 19 Oktober bertempat di sebuah hospital di Seoul.
“Ibu dan anak masing-masing berada dalam keadaan sihat, Na Kyung Eun kini sedang dan menjalani proses berpantang,” jelas wakilnya.
Dalam pada itu, Jae Suk juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan keluarganya.
“Kini saya merupakan bapa kepada dua orang anak, saya berjanji akan memberikan yang terbaik dan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh.
“Saya juga akan menjadi seorang ayah yang lebih bertanggungjawab. Terima kasih atas ucapan dan juga doa anda semua,” ujarnya.
Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan dikurniakan cahaya anak lelaki, Son Ji Ho pada 2010. - Sumber: Soompi