Skip to main content

Saya Bukan Pencuri - Najib


"Saya bukan pencuri." Itu peringatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau dibebaskan dengan ikat jamin dari 25 pertuduhan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi.

"Sepertimana kita semua sedia maklum, isu RM2,6 bilion telah digunakan secara habis-habisan untuk mengutuk, memburuk, mencaci saya selama ini. Dengan pertuduhan hari ini, akan memberi peluang kepada saya, bahawa saya bukan seorang pencuri.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media yang diadakan sejurus selepas beliau melangkah keluar dari mahkamah selepas prosiding yang berjalan selama lebih 90 minit, berakhir.

Menurut Najib, prosiding mahkamah melibatkan tiga peringkat iaitu: 'dana yang diterima, dana yang digunakan dan dana yang dipulangkan balik pun didakwa.

"Ada pihak yang keliru, seolah-olah 21 pertuduhan ini menggemparkan, kalau kita pandang sekali imbas menggemparkan, tetapi kalau kita memahami fakta yang sebenarnya, kita boleh membuat kesimpulan bahawa saya sudah memulangkan satu jumlah yang besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Jadi kalau kita ambil kira, kita boleh buat kesimpulan yang memihak kepada kebenaran akan timbul dalam perbicaraan yang saya sedang hadapi," tambah Najib, yang kelihatan tenang ketika sidang media berkenaan.

'Saya hendak keadilan supaya saya diberi peluang untuk membersihkan nama saya," katanya.

Najib turut menzahirkan penghargaan beliau atas layanan baik yang diterima dari pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang perbicaraan berlangsung.

Terdahulu, Najib mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama hingga kesembilan, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM2,081,476,926 daripada akaun bernombor 8550299001 milik Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura ke dalam akaun AmIslamic Bank Berhad bernombor 2112022009694 miliknya.

Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 22 Mac hingga 10 April 2013.

Najib dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3.5 juta dengan dua penjamin. Terma pembayaran yang dibenarkan Mahkamah ialah RM1 juta pada esok (Jumaat) diikuti dengan RM500,000 sehari, sebelum 28 September. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut