Dan salah satu borang itu milik Saiful Bukhari Azlan - individu utama dalam kes Liwat II yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Kedua-dua individu itu - Anwar dan Saiful - bersemuka di pusat pencalonan di Majlis Perbandaran Port Dickson, pagi ini.
Anwar tiba lebih awal iaitu pada pukul 8.45 pagi dan disambut laungan reformasi oleh kira-kira seribu penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).
Saiful pula tiba kira-kira setengah jam kemudian.
Malah beliau berdiri untuk berjabat tangan dengan Anwar ketika presiden PKR itu berjalan ke tempat duduknya selepas menyerahkan borang pencalonan.
Pemuda berusia 33 tahun itu membuat kejutan semalam apabila mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam PRK itu dan menegaskan tiada mana-mana pihak di belakang tindakannya itu.