Powered by Blogger.

Sunday, September 9, 2018

Melayu Yang Belum Bangkit Hanyalah Melayu Yang Masih Menyokong Umno


Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mempersoalkan pihak yang menyeru 'kebangkitan Melayu' seperti yang dijadikan tema dalam Himpunan Bangkit Melayu di Pekan Kampung Gajah, Perak, awal bulan ini.

Ahmad Faizal berkata, Melayu hari ini telah lama bangkit dan ia terbukti dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei lalu.

"Pada pandangan saya, memang betul Melayu perlu bangkit. Melayu perlu bangkit daripada kelayuan, perlu bangkit daripada mimpi-mimpi indah. Tetapi Melayu mana yang mana belum bangkit ini?" soalnya.

Kata Ahmad Faizal, jika ada sekali pun orang Melayu yang belum bangkit, ia hanyalah Melayu yang terus-menerus menyokong pimpinan yang melakukan kemungkaran seperti yang terdapat dalam Umno-BN.

hmad Faizal berkata demikian mengulas Himpunan Bangkit Melayu di Pekan Kampung Gajah, Perak 1 September lalu yang dianjurkan Tajuddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Salak. - Malaysiakini