Dalam membangkitkan kebimbangan orang Melayu dan Islam "terancam" di bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), pemimpin Umno menggelar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'mamak bendahara' dan 'si tua puaka'.
Bercakap di Himpunan Kebangkitan Melayu di Pekan Kampung Gajah di Pasir Salak, Perak malam tadi, Lokman mempersoalkan pelantikan bukan Muslim sebagai peguam negara yang menurutnya akan berkuasa untuk menyaman sultan dan raja.
"Peguam negara ada kuasa untuk dakwa, saman yang di-pertua negeri, sultan dan ada kuasa untuk dakwa Yang di-Pertuan Agong dalam mahkamah khas yang diwujudkan mamak bendahara, si tua puaka yang bernama Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Takkan kita nak diam? Kita harus bangkit. Betul?" katanya kepada ribuan hadirin sebelum melaungkan slogan "Hidup Melayu!" dan "hancur DAP".
Kerajaan melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara pada Jun lalu.
"Pernah kita (BN) angkat seorang yang simpati kepada komunis? Pernah kita ambil orang rapat dgn ketua komunis Chin Peng? tak pernah. Pernah kita, selepas zaman British ambil bukan islam jadi peguam negara?" kata bekas calon BN PRK Sungai Kandis itu.
Untuk rekod, kerajaan Perikatan, iaitu gabungan asal BN, pernah melantik bukan muslim sebagai peguam negara dari 1959 ke 1963 bernama Cecil Majella Sheridan. - Malaysiakini