Powered by Blogger.

Sunday, September 2, 2018

Isu Foto Mesra Dengan Zarina Ann Di kelab malam Tersebar, Ismail Izzani Mohon Maaf Kat Mama Dan Keluarga


Gara-gara tular sekeping foto bersama pelakon Zarina Ann Joulie, penyanyi Ismail Izzani tampil memohon maaf kepada semua pihak.

Melalui kenyataan rasmi pihak pengurusannya, Ismail, 18, turut berasa kesal dengan apa yang telah terjadi.

"Secara jujurnya, Ismail sudah pun memohon maaf kepada pihak pengurusan dan juga kepada Mama dan familynya.

"Beliau kesal dan insya-ALLAH kami akan sentiasa berada di sisi beliau untuk terus memberi sokongan dari segala aspek, tambahan lagi pada waktu sukar seperti begini," katanya.

Sebelum ini dunia seni tempatan dikejutkan dengan penyebaran gambar di Twitter yang dipercayai penyanyi Ismail Izzani dan pelakon Zarina Ann Joulie.
Dikatakan lokasi foto mesra tersebut diambil seakan-akan di sebuah kelab malam.

Pelakon Fathia Latiff juga dikatakan telah memuat naik gambar tersebut di Instagramnya dengan kapsyen “@ismailizzani call her now!,”

Namun Fathia telah memadam gambar tersebut.

Sehingga kini kedua-duanya belum lagi memberikan apa-apa kenyataan.