Powered by Blogger.

Sunday, September 2, 2018

Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk???

Pelakon Elfira Loy difahamkan baru sahaja selamat bertunang dengan lelaki bernama Faris yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk, kira-kira 9 pagi tadi.

Gempak dimaklumkan, Elfira, 24, mengadakan majlis merisik dan bertunang secara kecil-kecilan dan tertutup di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur.

Menurut sumber yang terdekat dengannya, difahamkan juga Elfira baru beberapa bulan sahaja mengenali jejaka tersebut yang berusia 27 tahun.

“Mereka dah selamat merisik dan bertunang sebentar tadi. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dijemput. Majlis ini dirahsiakan daripada umum.

“Tidak silap saya perkenalan mereka bermula pada Ramadan lalu, tak sangka mereka mengambil masa yang cepat untuk bertunang.

“Faris kini bekerja di syarikat bapanya yang merupakan seorang usahawan bergelar Datuk,” katanya.

Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada awal tahun ini. - Astro Gempak