Skip to main content

Warga Asing Cabul Pelancong Qatar.


Pulau Pinang - Tiga orang lelaki warga asing telah didakwa kerana telah menggunakan kekerasan ke atas seorang pelancong dari Qatar bagi tujuan mencabul kehormatannya di sini.

Ketiga-tiga warga asing yang bekerja sebagai 'BEACH boy' telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau atas dakwaan menggunakan kekerasan bagi mencabul kehormatan pelancong Qatar pada bulan lalu.

Bagaimanapun kes terbabit telah ditunda ke 15 Ogos ini bagi melantik jurubahaga untuk membacakan kertas pertuduhan ke atas tertuduh yang juga pemilik kad pelarian UNHCR Sayed Salam Abu Bakar Sidek, 31 tahun.

Menurut pertuduhan yang telah dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, Sayed telah didakwa telah melakukan kesalahan tersebut ke atas mangsa yang dikenali sebagai Lolo Fadel Ibrahim Ashour.

JIka disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh dikatakan telah melakukan kesalahan tersebut di Monkey Beach, Teluk Bahang kira-kira pukul 3.30 petang pada 30 Julai yang lalu.

Namun begitu, tiada sebarang pengakuan telah direkodkan daripada Sayed malah tertuduh juga tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Pertuduhan tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Christopher Enteri Mawan dan tarikh sebutan semula kes terbabit telah ditetapkan oleh mahkamah pada 15 Ogos ini.

Sayed tidak dibenarkan sama sekali di ikat jamin dan dia akan ditahan reman sehingga tarikh sebutan semula kes terbabit malah isterinya juga turut dilihat hadir di mahkamah ketika tuduhan tersebut dibacakan.

Ketiga-tiga lelaki di Monkey Beach tersebut telah ditahan oleh pihak polis pada Sabtu selepas kesemua mereka telah didakwa melakukan cubaan mencabul pelancong dari Qatar tersebut pada hari Isnin yang lalu.

Ketiga-tiga tertuduh adalah terdiri daripada dua warga Rohingya berusia 31 dan 28 tahun serta seorang lelaki warga Bangladesh berusia 43 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Ambalagan memberitahu bahawa pelancong tersebut merupakan seorang penuntut berusia 19 tahun bersama-sama keluarganya ketika itu sedang makan di kedai makan di situ sebelum berjalan ke arah pantai bagi mengambil beberapa foto kenangan.

Remaja perempuan tersebut kemudiannya dikatakan telah bertanyakan kepada dua suspek lelaki yang bekerja sebagai 'beach boy' di situ tentang khidmat menunggang kuda.

Salah seorang daripada suspek dikatakan telah memberitahu mangsa bahawa terdapat perkhidmatan menunggang kuda di situ sebelum membawa pelancong berkenaan ke trek hutan berdekatan pantai.

Namun begitu, sejurus sampai sahaja di kawasan hutan tersebut suspek telah mula bertindak ganas dengan memegang tangan serta menarik mangsa sehingga jatuh.

Suspek kemudiannya telah membuka seluarnya sebelum menarik seluar mangsa sehingga ke paras lutut dan cuba untuk memasukkan kemaluannya tetapi cubaan tersebut telah gagal.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri tetapi kedua suspek yang lain tidak melarikan diri.

Sehingga kini pihak polis masih lagi menunggu rekod bagi seorang lagi warga Bangladesh dan Rohingya yang juga merupakan suspek pendakwaan.

Manakala mangsa pula dikatakan telah pulang semula ke negaranya Qatar pada Sabtu yang lalu.- HarianMetro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...