"Saya Tak Akan Mengorat Korang" Naluri Saya Tetap Pada Lelaki - Tunku Hanis.


Pelakon Tunku Hanis kini dilihat dengan imej barunya yang berambut pendek jauh berbeza dengan imejnya dulu yang sentiasa dilihat berambut panjang.

Walau bagaimanapun Hanis memberitahu bahawa walaupun dia tampil dengan imej baru berambut pendek tetapi dia tetap mengakui bahawa nalurinya tetap sama seperti wanita yang lebih memihak kepada lelaki.

Hanis telah berkongsikan gambar terbarunya itu dengan imej berambut pendek yang ternyata amat berbeza dengan dirinya yang dulu melalui entri di Instagram (IG) miliknya.

"Attention girls! Walaupun rambut saya pendek tapi naluri saya tetap memihak kepada lelaki.

"Jadi makanya kalau nampak saya tak perlu nak tersipu-sipu!

"Saya tak akan mengorat kalian semua! Tolong," tulisnya.

Kebanyakkan peminat Hanis ternyata amat terhibur dengan entri yang di muat naik olehnya itu serta memuji gaya potongan rambut terbarunya itu.

Hanis dikatakan telah tampil dengan imej rambut pendek adalah kerana tuntutan watak dalam lakonan terbarunya sebagai Leftenan Raz.-Astro Gempak