Najib Dituduh Masukan Duit Milik SRC RM42j Ke Dalam Akaunnya Empat Tahun Lalu.


KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi hadir di kompleks mahkamah di Jalan Duta, pagi tadi atas dakwaan kesalahan berhubung SRC International Sdn Bhd. mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Menurut laporan Malaysiakini, bekas perdana menteri itu dijangka berdepan tiga tuduhan melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Akitivi Haram 2001.

Beliau sebelum ini sudah didakwa atas tiga tuduhan jenayah membabitkan pecah amanah dan satu salah guna kuasa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, pertuduhan itu akan dibacakan di mahkamah sesyen.

Hanafiah meminta supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi 3 dan urusan ikat jamin ia turut dipersetuju peguam bela Najib Muhammad Shafee Abdullah dengan permohonan berkenaan.

Hakim Datuk Azman Abdullah yang dilantik menjadi Hakim dalam kes ini membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi 3 hari ini selepas kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

Ketua pihak pendakwa Mohd Hanafiah Zakaria, serta peguam bela dan peguam pemerhati bagi pihak Rosmah Mansor berkata kes itu dibicarakan di situ selepas dipindahkan dari mahkamah sesyen.

Tiga pertuduhan dibacakan kepada Najib membabitkan penerimaan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd ke dalam akaunnya empat tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Datuk Seri Najib Razak selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan hakim Azura Alwi. - Malaysiakini