Skip to main content

Langsuir, Terpaksa Guna Pelaris


Sutradara yang pernah unggul dengan filem Ombak Rindu, Osman Ali mengakui dia terpaksa menggunakan pelaris untuk memastikan karya terkininya, Langsuir mampu dijual di seluruh pawagam tanah air.

Bakal menemui penonton pada 20 September ini, Langsuir menjadikan destinasi pelancongan iaitu Pulau Langkawi sebagai latar belakang filem tersebut, sekali gus menjanjikan panorama indah kepada audiens.

Bertemu dengan teraju utama filem berkenaan baru-baru ini, Syafiq Kyle tidak kisah jika ada pihak yang mendakwa dia dan Hannah Delisha dianggap sebagai pelaris untuk menjual naskhah tersebut.

“Saya akui ada keserasian untuk bergandingan dengan Hannah di set penggambaran dan berharap percaturan Abang Osman untuk menggandingkan kami dalam Langsuir menjadi.

“Lagipun, sebelum ini menerusi drama Mencintaimu Mr. Photographer, banyak maklum balas diperoleh daripada para peminat yang menyukai gandingan kami,” katanya.

Sementara itu, Hannah pula berpendapat, keserasian yang pernah ada sebelum ini diharap mampu menjadi tarikan utama peminat filem Melayu menonton Langsuir.

“Bezanya, dalam drama sebelum ini kami bercinta sebagai pasangan manusia, tetapi menerusi Langsuir, ia mengangkat kisah percintaan antara manusia dan makhluk ghaib.

“Apapun, tidak jauh bezanya memandangkan makhluk ghaib itu menyerupai manusia. Hanya sesekali sahaja bertukar rupa menjadi langsuir,” katanya berkongsi cerita.

Selain Syafiq dan Hannah, Langsuir turut dibintangi pelakon lain seperti Firdaus Nadzaman, Julia Farhana, Halim Radzi, Shahkimin, John Nazri, Daaim Jailani dan Naza Manas. - Utusan Online

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...