Bung Moktar berkata, kerajaan seolah-olah bertindak berat sebelah dan meminta supaya diberi layanan lebih adil.
Mengikut Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat hari ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin akan mencadangkan ahli parlimen Kinabatangan itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas perbuatan yang dianggap menghina majlis.
Usul itu menyatakan, Dewan memandang serius perbuatan Bung Moktar kerana penggunaan perkataan kurang sopan olehnya menyinggung ahi parlimen terutama wanita kerana mencemari prestij dan nama baik Dewan.
Walaupun notis tersebut tidak menyatakan sifat sebenar kesalahan itu, ia dipercayai berkaitan dengan kata-kata f***k oleh Bung di Dewan Rakyat pada 7 Ogos lalu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018. - Malaysiakini (BM Version)