Skip to main content

Bila Najib Dah Tak Berkuasa, Janganlah Pijak Kepala Dia


Ketua pembankang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Datuk Seri Johari Abdul Ghani supaya menghormati bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Presiden Umno, walaupun bekas perdana menteri itu sudah tidak lagi berkuasa namun Johari harus menghormati Najib.

Sebelum Barisan Nasional kalah, Datuk Seri Johari Abdul Ghani merupakan Menteri Kewangan II yang dilantik oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak semasa beliau berkuasa.

"Jika seseorang sahabat itu kini jadi miskin dulu kaya atau sahabat dulu berkuasa sekarang tidak lagi dalam keadaan itu harus dihormati, kata Zahid Hamidi.

"Dan dalam keadaan itu kalau berbeza pendapat sekali pun, ada kaedah-kaedah sahsiah yang baik untuk nyatakannya.

"Bagi saya janganlah pijak kepala seseorang apabila tengkuk telah berada di paras buah pinggang," kata Ahmad Zahid kepada pemberita di luar Dewan Rakyat.

Ketua pembankang itu mengulas kenyataan Johari yang berkata "Najib tidak patut dibenarkan berkempen di Sungai Kandis".

Johari menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tidak harus datang berkempen di Sungai Kandis kerana bekas presiden Umno sedang berhadapan pertuduhan rasuah dan ia mungkin membawa tanggapan negatif terhadap Umno dan rakyat Malaysia.

Johari turut berkata era zanan Najib telah berakhir dan parti itu perlu mengorak langkah ke hadapan serta berubah selepas UMNO kalah ketika pilihan raya umum ke-14.

Semasa kempen di Sungai Kandis Najib turun berkempen menyokong calon Barisan Nasional, Datuk Lokman Adam pada pilihan raya kecil itu, Lokman tewas kepada calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...