Bekas Guru Mengaku Tidak Bersalah Dengan Pelajar Sendiri


SIBU - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Mahkamah Seksyen Sibu, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, Tertuduh berusia 52 yang juga bekas guru dan bekas pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Mukah mengaku tidak bersalah merogol pelajarnya sendiri.

Tertuduh membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan selesai dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dihadapan Hakim Caroline Bee Majanil.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 12 September ini.

Caroline Bee Majanil turut mengarahkan bekas guru itu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sebagai syarat tambahan pembebasan sementaranya.

Menurut fajta kes bekas guru itu, beliau  didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Sibu pada jam 10 pagi, 5 Ogos 2016, ketika masih bertugas sebagai guru, manakala remaja berkenaan adalah pelajarnya. - Harian Metro