Skip to main content

Ahli Pas Dilihat Boleh Menerima Gabungan PAS Dan UMNO


Kerjasama politik PAS dan UMNO dianggap salah satu model ‘budaya politik matang sejahtera’ yang diperkenalkan parti itu sebelum ini.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata ahli Pas dilihat semakin boleh menerima konsep itu, walaupun terdapat cabaran dalam kalangan mereka yang selama ini disemai elemen politik sentiasa salah-menyalahi.

Katanya, konsep kerjasama bersama UMNO adalah cerminan prinsip PAS yang sedia berganding bahu dengan mana-mana pihak dalam perkara baik, sekali gus tidak akan berkompromi dalam perkara buruk.

“Kita boleh lihat wakil PAS pada sidang Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) di mana kita bukan bercakap mengenai penyelewengan atau dasar yang dirasakan silap, sebaliknya kita memberi cadangan penyelesaian.

“Kita tidak mahu jadi macam pihak di luar sana yang sentiasa menyalahkan orang lain sedangkan kita tak perlu jadi pakar untuk menyalahkan orang lain…sekadar baring atas katil sudah boleh salahkan orang lain.

“Sedangkan dasar asas yang dipegang PAS amat mudah iaitu kita boleh tolong-menolong dengan perkara kebaikan, bersama mana-mana pihak dan nyatakan tidak setuju dalam perkara keburukan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, PAS juga mengambil pendirian tidak ambil pusing terhadap tindakan mana-mana pihak yang memperlekehkan kerjasama dengan UMNO.

Sementara itu, Ahmad Samsuri yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, pihaknya yakin ahli parti itu tidak akan ‘sabotaj’ dengan memberi undi secara senyap kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia, 8 September ini.

Beliau berkata, meskipun diakui PAS berdepan laluan sukar di DUN itu berikutan komposisi pengundi Melayu hanya 55 peratus saja, pihaknya yakin dengan kebolehan calon tempatan, Dr Halimah Ali yang diketengahkan parti itu.

“Calon PAS yang diketengahkan adalah yang terbaik dan meskipun PAS di Selangor pernah melalui ‘sakit demam’ ketika PRU (Pilihan Raya Umum) lalu, kita yakin keadaannya sudah semakin baik, ” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dibuat calon PH, Halimey Abu Bakar, yang yakin mendapat sokongan sesetengah penyokong ‘senyap’ PAS di Seri Setia sempena PRK DUN itu. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...