Skip to main content

Zahid Salahkan Tun Mahathir Atas Kekalahan Umno Pada PRU ke-14


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Ketua pembangkang menyalahkan legasi yang ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kali pertama menjadi perdana menteri, sebagai sebahagian daripada punca kekalahan Umno pada PRU ke-14.

Menurut laporan Malaysiakini, dalam perbahasan titah Yang di-Petuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Zahid berkata Mahathir meninggalkan beban besar - termasuk projek yang membawa hutang kepada negara - kepada penggantinya selepas berundur pada 2002.

"Detik 9 Mei adalah satu tragedi, mimpi buruk. Namun kita harus akui, 22 tahun daripada 61 tahun pemerintahan kerajaan dulu (dipegang) orang yang memerintah (sekarang) - satu pertiga daripada tempoh itu.

"Perdana menteri selepas itu terpaksa menanggung legasi termasuk projek dengan hutang besar yang membebankan kerajaan dan rakyat," kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Bagaimanapun, katanya lagi, tiada perasaan marah dan tiada yang membangkitkan kebencian terhadap Mahathir.

RSN Rayer (DAP-Jelutong) kemudian bangun dan bertanya sama ada skandal 1MDB juga merupakan legasi Mahathir.

Rayer kemudian berulang kali meminta kebenaran Zahid untuk mencelah tetapi tidak dilayan.

Melihat perkara itu, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian bangun dan berkata Rayer "minum todi" yang membangkitkan kemarahan anggota parlimen DAP itu. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...