Skip to main content

Video: Pasangan Kantoi Khalwat Dimandikan Air Longkang


Rakaman video pasangan berkenaan dimandikan dengan air longkang berwarna hitam pekat, tular di media sosial  dan menurut keterangan bersama rakaman itu, kejadian dikatakan berlaku pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu penduduk di Langsa, Aceh,Indonesia bertindak memandikan satu pasangan dengan air longkang selepas mengesyaki mereka berkhalwat.


“Mandi junub ya. Mandi junub,” jerit seorang lelaki dalam rakaman berkenaan dengan orang ramai yang mengelilingi mereka bersorak.

Menurut laporan media Indonesia, lelaki berkenaan dikenali sebagai TSF adalah Pengarah Lembaga Pembangunan Wilayah Aceh manakala pasangan wanitanya dikenali sebagai DK, 30, seorang janda, adalah kakitangan di pejabatnya.

Dalam rakaman itu, TSF dan DK duduk berlutut di tepi longkang dan disiram dengan air longkang berulang kali.

Media tempatan melaporkan Ketua Jabatan Syariah tempatan, Ibrahim Latif berkata, pasangan itu disyaki melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Menurut penduduk, TSF sering ke rumah wanita itu dan mungkin selepas sekian lama mengintip, penduduk menjadi berang dengan perbuatan sumbang mereka.

“Apabila disoal selepas ditangkap, pasangan itu gagal memberi jawapan memuaskan,” katanya.

Menurutnya, TSF berusaha meredakan kemarahan penduduk kampung dengan menunjukkan sijil membuktikan dia dan DK berkahwin secara sulit namun penduduk meragui kesahihan sijil itu.

Mereka tidak mempedulikan sijil berkenaan sebaliknya meneruskan hukuman memandikan pasangan itu dengan air longkang sebelum mereka dilepaskan.

Tribun News melaporkan, menurut Ibrahim, pegawainya tiba selepas pasangan itu sudah dilepaskan.

“Jika cepat tiba, mungkin boleh dihalang kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat kesahihan sijil nikal pasangan itu.

Sementara itu, Antoni, iaitu ketua kampung Gampong Baro tempat TSF tinggal mengakui lelaki itu sudah berkahwin dengan DK sebagai isteri keduanya secara sulit.

“Mereka berkahwin sejak Februari 2018 di Binjai, Sumatera Utara,” katanya.

Aceh melaksanakan hukuman sebat bagi kesalahan syariah, termasuk pasangan yang berzina dan mereka boleh disebat jika sijil berkenaan didapati palsu. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut