Powered by Blogger.

Tuesday, July 10, 2018

Video : Bergaduh Dari Kelab Hingga Eskalator.



Pihak polis telah menjalankan siasatan berhubung satu pergaduhan yang berlaku di eskalator di sebuah pusat membeli-belah selepas video rakaman terbabit telah tular di media soaial.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah pusat membeli-belah yang terletak di kawasan resort percutian Gran Canaria.

Manerusi video terbabit dapat dilihat dua lelaki yang mengenakan baju berwarna putih sedang bergaduh sebelum menarik seorang lelaki yang berada di tengah mereka sehingga menyebabkannya terjatuh dari atas eskalator ke bawah.

Namun dapat dilihat ketiga-tiga mereka tergolek sehingga ke bawah eskalatr sebelum mereka cuba bangun semula untuk bergaduh kembali tetapi seorang bouncer dari kelab malam telah mengangkatnya.

Pergaduhan yang berlaku di eskalator berkenaan dipercayai telah bermula sejak dari kelab malam yang terdapat di situ lagi sebelum berpanjangan sehingga ke eskalator berkenaan.

Bouncer terbabit dilihat telah membelasah lelaki berkenaan serta melepaskan tendanganke rahang lelaki berkenaan sebelum berlalu menuju ke arah seorang lagi.

Pergaduhan terbabit dikatakan berlaku di kawasanbawah tanah Plaza Shopping Mall di pusat hiburan yang popular di Playa del Ingles pada awal pagi Ahad yang lalu.

Pegawai-pegawai dari Majlis San Bartolome de Tirajana, yang merangkumi kawasan di mana insiden itu berlaku telah mengutuk semua yang terlibat dalam pergaduhan terbabit. 

Malah mereka telah menegaskan bahawa pergaduhan terbabit tidak akan menjejaskan imej perbandaran pelancongan terbesar di Gran Canaria.

Malihat kepada rakaman video terbabit, rata-rata ntizen mengutuk perbuatan lelaki yang dikatakan bouncer kelab malam terbabit yang dilihat dengan sewenang-wenangnya telah menghayunkan kaki serta tangannya ketika pergaduhan terbabit terjadi.

Kelakuan bouncer terbabit dikritik kerana dikatakan berlebihan di media sosial walaupun dapat dilihat melalui video terbabit bahawa seseorang bakal mengalami kecederaan serius jika mereka tidak bertindak dan masuk campur pergaduhan terbabit.

Namun tidak dijelaskan dengan terperinci jika terdapat sebarang penangkapan dilakukan berhubung kejadian pergaduhan terbabit.