Skip to main content

Umno Bantah Sekeras-Kerasnya Usaha Pihak Meraikan Mazhab Syiah Di Negara Ini


Umno menegaskan parti berkenaan membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha daripada mana-mana pihak meraikan mazhab Syiah di negara ini.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya mengambil kepedulian terhadap pendirian kerajaan yang meminta supaya penganut Syiah terdiri daripada umat Islam Malaysia diberikan peluang bersama dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Ini kerana mereka bukan sahaja mengamalkan ajaran Syiah tetapi mungkin juga diizinkan untuk menyebarkan fahaman berkenaan.

“Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa kita menolak Syiah bukan kerana benci tetapi kita tidak mahu ajaran ini memesongkan ajaran umat Islam di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Meraikan Bakal-Bakal Haji Kawasan Parlimen Bagan Datuk 1439H/2018M di Wisma Umno Bagan Datuk, Hutan Melintang, petang tadi.

Menurut Ahmad Zahid Umno berpendirian bahawa mengikut Perlembagaan 3(1), Agama Islam adalah Agama persekutuan, walaupun di dalam perlembagaan berkenaan tidak di sebut amalan kita berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi hal ini harus dihormati kerana ia kontrak sosial.

“Kita yakin penganut fahaman Syiah dari negara lain tidak ada gangguan amalkannya tetapi untuk sebar ia dilarang di dalam fatwa berkenaan apatah lagi ada kalangan umat Islam warganegara Malaysia yang mengamalkannya, menyebarkan dan keluar dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri turut mengutuk tindakan kerajaan yang menandatangani satu perjanjian persefahaman yang dibuat oleh Institusi Terjemahan Malaysia dengan sebuah negara yang terkenal dengan pembawakan mazhab terbabit baru-baru ini.

“Kami berlapang dada jika buku-buku itu adalah buku berunsurkan ilmu sains teknologi tapi jika ianya mengizinkan novel sebagai bahan kesusasteraan atau bahan-bahan pengajaran dalam fahaman Syiah tentu kita menolaknya.

“Ini kerana Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada bahagian penerbitan buku dan Al-Quran, mereka telah menolak garis panduan ditentukan fatwa, tentunya ini perlu dihormati bagi mengelakkan perpecahan pelbagai mazhab kalangan umat Islam di negara kita,” katanya.

Tambahnya cukuplah umat Islam negara ini berpecah kepada enam kerana meraikan perbezaan pendapat dalam politik dan kita tidak mampu melayani perpecahan di kalangan mazhab yang berbeza.

Terdahulu sebuah portal tempatan melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memaklumkan pengikut Syiah mempunyai hak sebagai warganegara selagi tidak melakukan jenayah. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...