Skip to main content

Tiga Polis Ditahan Peras Ugut Bangla


Ipoh - Tiga orang anggota polis telah ditahan reman selama tiga hari kerana didakwa telah terlibat dalam kes memeras ugut seorang individu.

Tiga orang anggota polis tersebut yang berpangkat rendah telah melakukan pemerasan terhadap seorang warga asing pada Sabtu lalu yang membabitkan wang hampir RM4,000.

Menurut laporan Sinar Harian, ketiga-tiga mereka yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun telah ditahan selepas warga Bangladesh tersebut telah membuat laporan kejadian tersebut pada hari yang sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, mangsa berusia 30-an diminta membayar sejumlah wang bagi menutup kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, ketika pemeriksaan dijalankan ketiga-tiga anggota di tepi jalan di Pokok Assam, Taiping.

“Daripada laporan itu, kita dapati memang ada asas untuk siasatan dijalankan, mangsa juga memberitahu boleh mengecam anggota serta kenderaan digunakan.

“Ketiga-tiga mereka telah ditahan reman selama tiga hari, berakhir hari ini dan berkemungkinan diberikan jaminan polis sebaik semua siasatan selesai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Kontinjen Perak.

Majlis turut dihadiri Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah dan Ketua Polis negeri, Datuk Hasnan Hassan.

Yahya berkata, bagi kesalahan memeras ugut, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

“Siasatan sama juga akan dilakukan di bawah salah laku dan tatatertib,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis berjaya menggagalkan cubaan dua premis judi yang cuba untuk beroperasi semula, bulan lalu.

Menurutnya, dua premis di sekitar Ipoh itu hanya sempat dibuka sekitar empat hingga lapan jam sebelum diserbu pihak polis.

“Ada beberapa kes yang kita kesan mereka cuba untuk membuka semula operasi meskipun sebelum ini telah dikenakan tindakan, sindiket seperti ini memang sentiasa mencari peluang, selain daripada pemantauan ketat kita jalankan, kita juga minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk memaklumkan kepada polis agar tangkapan dapat dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Tweet dimuat naik Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan, Jun lalu berhubung dakwaan pengoperasian premis judi di Ipoh.

Jelasnya, sehingga kini, polis dimaklumkan, tiada lesen baru membabitkan pusat hiburan keluarga dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Jika ada pun melibatkan premis lama dan ia dipantau ketat agar tiada aktiviti berunsur perjudian dijalankan,” katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...