Telatah Mencuit Hati Mahathir Ejek Pembangkang Yang Buat Kecoh.


Selepas lebih sedekad Tun Dr Mahathir Mohamad berundur sebagai Perdana Menteri, kini Dr Mahathir telah kembali semula ke dewan parlimen pada pagi ini dengan penuh bersemangat.

Namun begitu keletah Dr Mahathir dilihat geli hati serta membuat ekspresi wajah seakan mengejek  apabila anggota parlimen pembangkang BN dan PAS telah melangkah keluar dewan sebagai tanda membantah perlantikan speaker.

Dr Mahathir dilihat hanya tersenyum ketika melihat anggota parlimen pembangkang tersebut yang menjerit serta membuat bising.

Malah buat seketika Dr Mahathir dilihat membuat muka seakan mengejek serta seperti menggalakkan anggota parlimen pembangkang dari terus membuat bising.

Manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang duduk bersebelahan dengannya turut kelihatan tersenyum melihat gelagat anggota parlimen pembangkang.

Pihak pembangkang yang keluar dari dewan mendakwa pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof adalah tidak mengikut peraturan Dewan Rakyat.

Dimana mengikut Peruntukan 4(1) memerlukan nama calon speaker diserahkan 14 hari sebelum parlimen bersidang kali pertama.

Namun begitu ketika di temui oleh pemberita, Dr Mahathir menegaskan bahawa nama Ariff telah pun diserahkan kepada Dewan Rakyat pada 2 Julai, iaitu menepati peraturan 14 hari berkenaan. - Online News