Skip to main content

"Selama 42 Tahun, Najib Fikirkan Rakyat Sebaik Bangun Tidur Hingga Tidur Semula," - Anak Najib


Nooryana Najwa Najib, yang merupakan Anak perempuan bekas perdana menteri menggesa rakyat memikirkan tentang ayahnya yang kini berada di dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan Malaysiakini, Najwa berkata "Selama 42 tahun, dia (Najib) memikirkan rakyat sebaik bangun tidur sehingga tidur malam semula. Marilah kita memikirkan tentangnya sekali ini ketika dia sangat memerlukan kita,"

Najwa kata melalui kiriman di Instagramnya semalam.

Keterangan pada kiriman yang memaparkan Najib memegang seorang bayi itu turut disertai tanda pagar "#freenajib #respectcivilliberties #thestruggleisreal #pray4dsn".

Dalam perkembangan sama, melalui kenyataan media yang dikeluarkan jurucakapnya, Datuk Seri Najib Razak, mengecam dakwaan yang akan dikenakan ke atasnya.

Kenyataan jurucakap Najib itu menyifatkan dakwaan berkenaan "bermotif politik" dan merupakan tindakan "balas dendam" oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Penahanan Najib oleh SPRM hari ini sudah dijangkakan memandangkan sejak mengambil alih kerajaan, kepimpinan HARAPAN sudah 'melaksanakan pensabitan bersalah' ke atas bekas perdana menteri itu di mata umum.

"Dakwaan berhubung SRC International ke atas Najib esok, selain siasatan 1MDB dan anti pengubahan wang haram ke atas Najib adalah bermotif politik dan merupakan hasil politik balas dendam oleh HARAPAN yang diterajui Dr Mahathir," kata kenyataan jurucakap itu.

Kenyataan itu turut mendakwa bekas perdana menteri itu akan mencabar dakwaan ke atasnya dan akan membersihkan namanya di mahkamah.

Najib ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia petang tadi di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan dibawa ke ibu pejabat agensi berkenaan di Putrajaya,

Sebelum ini Polis telah merekodkan Nooryana Najwa, susulan laporan yang dibuatnya berhubung rampasan barangan peribadinya di kondominium mewah di Jalan Raja Chulan.

Sumber polis berkata, laporan itu dibuatnya pada Isnin 28 Mei kerana tidak berpuas hati dengan pasukan polis yang didakwa merampas pelbagai barangan termasuk hadiah perkahwinan.

Sebelum ini, polis merampas 72 beg berisi barang kemas, mata wang pelbagai negara dan barangan berharga di kondominium di Jalan Raja Chulan itu, yang dipercayai ada kaitan dengan 1MDB melibatkan Bapanya.

Selain itu, 284 kotak berisi beg tangan mewah turut dirampas dari tiga unit kondominium di bangunan sama. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut