Skip to main content

Rafizi Pesanan Kat Jamal Yang Kini Di Tahan Di Penjara Sungai Buloh.


Rafizi Ramli yang merupakan Naib Presiden PKR, memberi tiga pesanan buat Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Menurut laporan Astro AWANI, Pesanan Rafizi yang dimuat naik di Twitter itu mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen, terutamanya mengenai nasihatnya tentang reman.
 

Mahkamah pada petang Khamis tidak membenarkan permohonan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu untuk diikat jamin dan memerintahkan supaya dia ditahan di Penjara Sungai Buloh

Jamal sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis di sebuah hospital di sini, 25 Mei lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.
 

Di Twitter juga, netizen turut mengaitkan penahanan Jamal di penjara Sungai Buloh sebagai satu ‘karma’ buat dirinya.

Semalam Jamal dibawa ke Penjara Sungai Buloh selepas mahkamah petang tadi menolak permohonan ikat jamin terhadap beliau.
 

Keputusan dibuat selepas Majistret Muhammad Firdaus Sadina Ali selesai mendengar hujah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Jamal sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis di sebuah hospital di sini, 25 Mei lalu.
 

Dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin tidak menawarkan sebarang jaminan kepada Datuk Seri Jamal Md Yunos atas alasan tertuduh pernah melarikan diri sebelum ini.
 

Jamal yang diwakili peguam Khairul Annuar kemudiannya memohon jaminan atas alasan berlaku salah faham dan memberi alasan Jamal tidak berniat melarikan diri.

Muhammad Firdaus Sadina Ali kemudiannya memutuskan tiada ikat jamin diberikan dan menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan semula kes. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...