Skip to main content

Polis Hantar Kertas Siasatan Musa Aman Ke Pejabat Peguam Negara


Kertas siasatan telah hampir siap dan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara berhubung kes laporan polis yang membabitkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Walaubagaimanapun menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din memberitahu bahawa terdapat sedikit tambahan percakapan perlu direkodkan untuk melengkapkan kertas siasatan itu.

"Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung perkara itu dan setakat ini sahaja maklumat yang kita ada pada masa ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu di Kota Kinabalu hari ini.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dikatakan telah membuat laporan polis pada 14 Mei yang lepas terhadap Musa dipercayai berhubung ugutan jenayah selepas upacara angkat sumpah jawatan ketua menteri.

Percakapan Juhar turut diambil sebaik laporan polis dibuat dan kes tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Pada 10 Mei yang lepas Musa telah pun mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di hadapan Juhar selepas menang dengan memperolehi majoriti mudah.

Bagaimanapun, Datuk Mohd Shafie Afdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) dilantik sebagai Ketua Menteri dan mengangkat sumpah di hadapan Juhar dua hari kemudian (12 Mei) selepas beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN berpaling tadah kepada WARISAN.

Berhubung kebakaran yang memusnahkan lebih 300 rumah di perkampungan atas air Semporna, Ramli memberitahu bahawa siasatan berhubung kejadian terbabit sedang dijalankan.

"Saya dimaklumkan bahawa kebakaran di Semporna dipercayai berpunca daripada kebakaran sampah dan tiada unsur jenayah, bagaimanapun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah masih sedang menyiasat punca sebenar kebakaran tersebut," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, bekas Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) (Kesejahteraan/Organisasi) Bukit Aman ACP Habibi Majinji dilantik Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu bagi menggantikan ACP M Chandra yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (START) Kontinjen Sabah. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...