Skip to main content

Khairy Jamaluddin Tolak Tawaran Zahid Hamidi.


Bekas calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin menolak pelawaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasiona (BN).

Melalui ciapan di Twitter, bekas menteri dan ketua Pemuda Umno itu menegaskan beliau hanya mahu memberikan fokus kepada tugasnya sebagai anggota parlimen sambil menyatakan beliau tidak mahu memegang apa-apa jawatan tertinggi parti.

Bagaimanapun kata Khairy, beliau akan tetap sedia membantu parti terbabit, serta - tidak seperti beberapa anggota parlimen Umno - setia kepadanya.
Dalam Tweet Khairy berkata, "Terima kasih DS Zahid Hamidi kerana menawarkan saya jawatan Setiausaha Agung BN tadi. Saya memberi tahu beliau saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi parti. Saya memberi fokus kepada tugas sebagai ahli Parlimen. Sedia bantu dan tetap bersama UMNO," 
 

Ahmad Zahid sebelum ini memberitahu beliau telah mengadakan perbincangan dengan Khairy berkaitan peranan bekas Ketua Pemuda UMNO itu di dalam parti.

Dalam pemilihan parti yang berlangsung semalam, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden dengan 99 undi.

Khairy puka memperoleh 61 undi manakala Tengku Razaleigh Hamzah mendapat 30 undi.

Khairy adalah salah seorang pemimpin kanan dalam Umno yang kini tidak lagi mempunyai sebarang jawatan dalam kepemimpinan tertinggi parti.

Bermula dengan menawarkan diri sebagai naib presiden, anak seorang diplomat itu mengejutkan ramai apabila menyertai persaingan merebut jawatan presiden pada saat-saat akhir penamaan calon.

Baru berusia 42 tahun Khairy berdepan dengan dua pemimpin yang lebih kanan, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Berdasarkan keputusan rasmi diumum Ibu Pejabat Umno, 99 bahagian dalam parti itu memilih Ahmad Zahid sebagai nakhoda baru mereka manakala Khairy cuma menerima 61 undi.

Tengku Razaleigh pula sekadar mengumpul 30 undi.

Bagaimanapun mengikut perkiraan undi berdasarkan jumlah diterima Khairy serta Tengku Razaleigh, majoriti ahli Umno boleh dianggap mahu pemimpin selain Ahmad Zahid menjadi presiden Umno.

Khairy menegaskan beliau memang menerika keputusan berkenaan dengan hati terbuka. Malah malam tadi beliau menganggap kekalahan skuad bola sepak kebangsaan Argentina dalam Piala Dunia di Russia sebagai khabar terburuk yang datang kepadanya.

Pagi tadi pula Khairy menyatakan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak dalam Umno yang didakwanya mempunyai mentaliti feudal serta tidak ada pendirian.

Katanya ketika ini masih wujud tokoh tertentu yang bersifat mencengkam - digelarnya sebagai warlord - mempengaruhi pengundian parti.

"Angguk-angguk, tepuk-tepuk, seolah-olah tiada pendirian sendiri. Majoriti ahli nak berubah tetapi warlords masih pekak terhadap suara rakyat," ciapnya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...