Skip to main content

Ketua Wanita Umno Cabar Ahli Parlimen Yang Keluar UMNO Lepas Jawatan, Adakan Pilihan Raya Kecil


Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan anggota Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali termasuk bekas ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin dicabar melepaskan jawatan mereka dan mengadakan pilihan raya kecil.

Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Wanita Umno yang baru dilantik Datuk Dr Noraini Ahmad mencabar anggota parlimen yang keluar Umno untuk melepaskan jawatan mereka dan mengadakan pilihan raya kecil.

"Jika benar wakil-wakil rakyat BN ini benar-benar hilang kepercayaan terhadap Umno, Wanita Umno mencabar supaya mereka melepaskan jawatan anggota parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan kerana kepercayaan rakyat mesti dihormati dan mereka mesti diberi hak untuk memilih wakil rakyat yang mewakili parti yang mereka percayai," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Noraini berkata demikian sebagai mengulas Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Anggota Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasah serta Anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang keluar Umno.

"Keputusan ketiga-tiga wakil rakyat ini terutamanya Mas Ermieyati untuk menjadi wakil rakyat bebas ini ternyata telah mengkhianati kepercayaan pengundi-pengundi yang telah memilih mereka yang mewakili Umno dan BN.

"Mas Ermieyati juga dengan mudah melupakan kerja kuat seluruh jentera Jalinan Rakyat dan BN yang bertungkus lumus semasa kempen PRU-14 sehingga beliau berjaya menang kerusi Parlimen Masjid Tanah..

"Wanita UMNO ingin mengingatkan Mas Ermieyati dan wakil-wakil rakyat BN yang lain bahawa status Ahli Parlimen yang disandang bukanlah hanya kerana diri mereka sendiri tetapi ia merupakan kombinasi kerja kuat jentera Jalinan Rakyat dan kepercayaan rakyat terhadap Umno dan BN.

"Jika ada masalah atau isu dengan kepimpinan dan perjalanan UMNO, perkara ini patut dibincang bersama dengan baik di dalam UMNO hingga ke peringkat tertinggi. Jangan gunakan ketidakpuasan hati ini untuk keluar parti dengan alasan hilang kepercayaan," katanya.

Mas Ermieyati merupakan anggota parlimen umno yang terbaru mengumumkan keluar parti hari ini, dengan menyatakan kekecewaan terhadap pemilihan parti yang menyaksikan pemimpin lama dikekalkan.

Noraini berkata Wanita Umno akan berbincang dengan pasukan undang-undang parti bagi memastikan tiada lagi anggota parlimen yang keluar parti.

"Pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat yang memilih BN oleh ahli-ahli parlimen dan ADUN yang melompat parti atau pun keluar menjadi bebas perlu dihentikan. Kepercayaan rakyat tidak boleh dijadikan alat untuk seseorang individu melunaskan kehendak politik peribadi," katanya.

Sebelum ini bekas menteri dan ahli politik veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar mengumumkan keluar dari parti itu selepas bersama selama beberapa dekad.

Untuk maklumat Barisan Nasional Sarawak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama 3 parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak meninggalkan gabungan itu untuk membentuk pakatan baru dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ia termasuk Parti Gerakan memutuskan untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) berikutan kekalahan mengejutkan pada pilihan raya umum bulan lalu. -Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...