Skip to main content

Kanak-kanak 2 Tahun Maut Di Rumah, Ibu Sibuk Menari Di Kelab Malam.


Amerika Syarikat - Seorang wanita ditangkap selepas didakwa meninggalkan anaknya yang berusia dua tahun secara bersendirian di rumah sehingga maut sementara dia sibuk menari di kelab malam.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Devin Moon telah membiarkan anaknya maut kerana kelaparan ketika dia sibuk menari di kelab malam bagi mencari wang di sebuah kelab malam di sini.

Kanak-kanak perempuan malang tersebut yang dikenali sebagai Reygan berusia dua tahun telah ditemui maut di pangsapuri mereka di 4300 blok Paxton Lane berhampiran Lilburn pada empat hari yang lalu.

Moon telah ditangkap dengan dakwaan telah menyebabkan anaknya maut disebabkan oleh kecuaiannya membiarkan anak perempuanya itu bersendirian di rumah tanpa ditemani oleh sesiapa.

Pihak polis telah mengatakan bahawa Moon berusia 29 tahun telah membiarkan anaknya yang berusia dua tahun maut ketika dia sibuk menari di kelab malam bagi memperolehi wang.

Menurut siasatan mendapati bahawa Moon telah membiarkan anaknya itu untuk bekerja pada syif malam dan membiarkan kanak-kanak malang tersebut secara bersendirian di rumah selama 10 hingga 12 jam pada setiap malam.

Pihak berkuasa mmeberitahu bahawa sebelum ini terdapat laporan yang telah dibuat ke Divisi Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-kanak terhadapnya oleh keluarga Moon tersebut sehingga menyebabkan Moon memutuskan hubungan dengan keluarganya.

Ketika kejadian Moon dikatakan telah pulang kerumah pada pagi selepas bekerja semalaman di kelab malam dan telah mendapati Reygan tidak memberikan sebarang reaksi serta badannya terasa dingin menyebabkan dia kemudiannya telah menghubungi talian kecemasan.

Paramedik telah mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut telah pun meninggal dunia ketika mereka tiba ditempat kejadian.

Moon memberitahu bahawa anaknya itu dilahirkan dengan masalah berat badan yang melebihi sehingga dia tidak dapat menampung berat badannya itu sendiri.

Tetapi hasil daripada bedah siasat mendapati bahawa punca kematian kanak-kanak tersebut adalah disebabkan kerana kekurangan zat makanan disebabkan sering di abaikan oleh maknya sendiri yang tidak menjaganya dengan baik.

Tiada sebarang masalah lain melainkan punca tersebut seperti yang didakwa oleh moon anaknya itu meninggal disebabkan berat badan berlebihan kerana ketika meninggal dunia berat badab Reygan hanya 14 kilogram.

Moon kemudiannya telah ditahan dan didakwa atas kecuaian sehingga menyebabkan anaknya itu meninggal dunia dan dia tidak dibenarkan di ikat jamin. - Daily Mail

Devin Moon ketika ditahan

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...