Skip to main content

Isu Sirul, Australia Tak Berganjak, Malaysia Belum Fail Ekstradisi.


Julie Bishop yang merupakan Menteri Luar Australia memberitahu bahawa kedudukan negaranya berhubung isu Sirul Azhar Umar yang merupakan orang buruan Malaysia mengenai soal prinsip kerana ia melibatkan hukuman mati.

"Kedudukan Australia adalah satu perkara prinsip - kes-kes ekstradisi mengambil kira sama ada hukuman mati akan dikenakan di negara yang memohon (perintah itu) atau tidak," katanya pada sidang akhbar selepas bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen hari ini.

Bishop memberitahu bahawa beliau telah berbincang tentang hasrat Malaysia yang mempertimbangkan untuk memansuhkan hukuman mati dan beliau turut menyatakan sokongan kuat bagi pemansuhan hukuman mati tersbeut.

"Kami berada dalam majlis hak asasi manusia (PBB) sekarang dan penghapusan hukuman mati menjadi tunjang advokasi (prinsip) itu," katanya dan Malaysia masih belum menfailkan ekstradisi.

Walaubagaimanapun menurut Bishop telah memaklumkan bahawa setakat hari ini Malaysia amsih belum memfailkan permohonan bagi membawa pulang Sirul dari Australia.

"Saya perlu menjelaskan sekali lagi bahawa tidak ada permohonan (dari Malaysia) untuk ekstradisi dalam kes tertentu.

"Dia berada dalam tahanan imigresen. Tiada permohonan untuk ekstradisi oleh kerajaan Malaysia dan yang telah disahkan oleh Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini," katanya.

Pada tahun 2015, Mahkamah Persekutuan telah mendapati dua komando polis, Sirul dan Azilah Hadri didapati berslaah membunuh Altantuya Shaariibuu dari Mongolia dan telah menjatuhkan hukuman mati terhadap kedua mereka pada tahun 2016.

Kedua-dua mereka ketika kejadian tersebut dikatakan berada di bawah pasukan elit polis Unit Tindakan Khas (UTK) dan ketika itu juga mereka merupakan pengawal peribadi kepada timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Altantuya dikatakan telah ditembak mati sebelum mayatnya kemudian telah diletupkan dengan bahan letupan tentera.

Azilah sedang menunggu hukuman mati tetapi Sirul melarikan diri ke Australia sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan.

Australia mengamalkan prinsip menentang hukuman mati dan tidak memulangkan pelarian yang memohon suaka kerana berhadapan hukuman mati di negara asalnya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...