Gembala Buat Lapor Polis, Kambingnya Digilir 8 Lelaki.

Gambar Hiasan
Seorang penggembala di Haryana, India membuat laporan polis selepas mendakwa kambing peliharaannya 'dirogol' lapan orang lelaki.

Aslu, membuat laporan itu pada Khamis lalu.

Memetik laporan agensi ANI, berikutan tindakan tidak berperikemanusiaan dan luar tabiie itu, menyebabkan kambing peliharaannya itu mati.

Dalam pada itu, Pegawai Polis, Rajbir Sigh, polis telah menubuhkan satu pasukan siasatan bagi mengesan kesemua suspek.


Kes disiasat mengikut seksyen di bawah Akta Pencegahan Kekejaman terhadap haiwan.

Tindakan kejam itu turut dikecam aktivis hak asasi haiwan susulan peningkatan kes kekejaman seumpama itu kebelakangan ini.

Malah, kata aktivis, tindakan kekejaman terhadap haiwan biasanya menjadi permulaan kepada mana-mana pesalah yang kemudian akan melakukan perkara sama kepada manusia. - Astro AWANI