Menurut Maszlee langkah ini dibuat kerana ramai ibu bapa mengadu agar anak-anak tidak memakai kasut putih ke sekolah.
"Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi" katanya ketika ditemu bual sesi Bicara Minda Sihar Harian.
Menurut Dr Maszlee lagi kementeriannya komited untuk mengurangkan beban keluarga yang dilihat terpaksa membeli dua jenis kasut untuk anak-anak mereka.
Menurut Dr Maszlee lagi kementeriannya komited untuk mengurangkan beban keluarga yang dilihat terpaksa membeli dua jenis kasut untuk anak-anak mereka.
Selain itu Dr Maszlee berkata pelajar terlalu banyak membawa buku-buku ke sekolah menggalaskan beg yang berat.
Sementara itu beluai juga mahu pelajar sekolah menguasai lebih dari dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara yang ada sekarang ini.
Menurut Dr Maszlee beliau ada bertemu Duta Finland dan berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana, menurut Duta itu pelajar sekolah di Finland boleh menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa disana.
Beliau berhasrat agar pelajar Malaysia juga boleh menguasai tiga bahasa dalam masa lima tahun ini dan memastikan pelajar lepasan sekolah di Malaysia dilihat bertaraf antarabangsa.
Menurut Pengerusi (PAGE) Datin Noor Azimah Rahim, selepas kerajaan memutuskan pelajar sekolah tidak perlu memakai kasut putih mulai tahun depan kilang kasut harus menghasilkan kasut pada harga mampu milik.