Powered by Blogger.

Tuesday, July 24, 2018

Dewan Rakyat Kecoh Ramkarpal Tanya Najib Isu 1MDB Dan Altantuya.


Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mendesak Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan isu surat yang ditulis Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Agensi Risikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat (AS) bagi memohon sokongan negara itu, menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Bagaimanapun, memetik Malaysiakini baru-baru ini, Najib, yang juga bekas perdana menteri, berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan surat itu dan apa yang dilaporkan berkaitan surat-menyurat yang mencadangkan bertujuan mendapatkan sokongan AS selepas, bukan sebelum pilihan raya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mendesak agar Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan berhubung penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang dilaporkan media antarabangsa ketika menjadi Perdana Menteri.

Pertanyaan tersebut menimbulkan kurang senang kepada ahli parlimen pembangkang iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dan Datuk Seri Ismail Sabri (Bera) yang mendakwa Ramkarpal cuba menimbulkan sangkaan jahat terhadap Najib. - Malaysiakini