Skip to main content

'Calon Itu Kau Yang Latih!' Usik Pemimpin Umno Pada Azmin


Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali sempat bergurau senda bersama pemimpin Umno di penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pagi tadi.

Menurut laporan Malaysiakini, Timbalan Presiden PKR itu walaupun berlainan parti politik namun hubungan baik sesama parti musuh.

Ini dapat dilihat apabila Azmin mengambil kesempatan bergurau senda bersama Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden Umno Datul Seri Mahdzir Khalid.

Antara pemimpin Umno yang kelihatan di Sungai Kandis pagi tadi, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Ketua Penerangan Umno Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut sumber kedengaran pemimpin Umno mengusik Azmin sebagai calon Presiden PKR dan turut kedengaran mereka berseloroh mengenai Datuk Lokman Noor Adam yang pernah bersama PKR dahulu, kata Sharkar mengusik Azmin.

Calon Barisan Nasional DUN Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam pernah bersama PKR menganggotai memegang pelbagai jawatan namun dipecat pada 2004.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun ini, Azmin yang kini Timbalan Presiden (PKR) dikatakan tidak akan bertanding jawatan Presiden.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengesahkan tidak akan bertanding jika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicalonkan bagi jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan parti, hujung tahun ini.

Sebelum ini Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti bhujung tahun ini bukan satu kejutan, sebaliknya pengumuman yang ditunggu-tunggu setiap anggota PKR.

Saifuddin menjangkakan Anwar akan menang tanpa bertanding pada pemilihan parti, berdasarkan kepada sokongan akar umbi dari seluruh negara sejak pengumuman itu dibuat.

Untuk pengetahuan semua Pilihan Raya Kecil (DUN) Sungai Kandis menyaksikan calon PKR Zawawi Mughni berdepan dengan calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas K. Murthy.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut