Skip to main content

Bilik Stor Barang Milik Najib Di Seri Perdana Dipecah Masuk.


Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin, salahkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tas dakwaan 'kecurian' di bilik stor di Seri Perdana.

Menurut laporan Malaysiakini, Anina berkata, 'kecurian' di bilik stor di Seri Perdana, yang dikatakan mengandungi barangan milik Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga menerbitkan gambar bilik stor tersebut yang kelihatan telah digeledah, pada akaun Facebooknya.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Pemangku Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata setakat ini tiada laporan dibuat mengenai dakwaan itu.

"Di mana dia dapat cerita ini? Setakat ini, pihak polis berlum lagi menerima sebarang laporan," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam hantaran di Facebook itu, Anina berkata kejadian terjadi kerana Dr Mahathir didakwa menghalang Najib daripada mengambil barangan peribadinya.

"Tun tengok lah sendiri apa yang jadi? Disebabkan Tun tak bagi Datuk Seri Najib ambil barang-barang peribadi beliau, maka ianya kini telah dimasuki pencuri yang mengambil barang-barang tersebut.

"Kenapa zalim sangat tindakan Tun ini? Itu barang-barang milik peribadi. Begini kah layanan kepada seorang bekas perdana menteri? Apakah ini sikap seorang pemimpin negara yang mahu Tun tunjukkan kepada generasi muda? Bukan kah mereka yang mengundi Tun hari tu?" Soal beliau.

Dalam hantaran itu juga, Anina seakan menyindir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh yang menyiasat skandal 1MDB dengan menyebut perkataan Hindi 'inspektor sahab'.

"Jadi Tun, tolonglah suruh inspektor sahab buat siasatan tentang perkara ini," katanya.

Perkataan 'sahib' atau 'sahab' digunakan untuk menjelaskan kedudukan pihak yang berkuasa.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Najib mengesahkan bilik stor tersebut telah dipecahkan dan gambar di halaman Facebook Anina adalah tulen.

Menjelaskan motosikal roda tiga Can-Am dalam gambar itu, sumber berkata: "Saya percaya ia adalah hadiah kepada bekas perdana menteri dari pengedar atau pengilang."

Rumah besar di Putrajaya yang menjadi kediaman rasmi perdana menteri itu kini kosong, memandangkan Mahathir mahu kekal di kediamannya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut