Skip to main content

Barisan Nasional Kena Sedar, Kita Bukan Lagi Kerajaan.


Shah Alam - Anggota BN serta barisan kepimpinan parti berkenaan diingatkan supaya sedar diri bahawa parti berkenaan bukan lagi kerajaan yang memerintah negara ini.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengingatkan barisan kepimpinan dan anggota parti supaya tidak perlu menjelaskan sebarang isu kepada rakyat kerana ianya bukanlah tanggungjawab mereka.

Ianya adalah merupakan tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan bagi menyelesaikan sebarang isu yang berkaitan dengan rakyat di negara ini.

"Sebarang isu seperti kos sara hidup Felda, GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) biarlah kerajaan yang memerintah pada hari ini yang menjawab segala-galanya.

"Kita ini ibarat kain putih, tiada sebarang isu lagi sebab kita sudah kalah, dah kalah buat cara dah kalah dan pandailah bawa diri supaya tidak jadi bahan cemuhan orang," katanya ketika berucap pada majlis pengenalan calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini malam tadi.

Turut menghadiri majlis tersebut adala Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon BN pilihan raya tersebut, Datuk Lokman Noor Adam.

Mohamad yang juga merupakan pengarah pilihan raya kecil tersebut telah menasihati seluruh jentera parti supaya bekerja dengan lebih keras lagi dan terus bersama-sama berganding bahu bagi memenangi pilihan raya berkenaan.

Malah menurut Annuar, BN akan tetap dengan pendirian mereka untuk meletakkan calon parti tersebut untuk bertanding pada PRK Dewan Undangan Negeri Balakong pada masa akan datang.

Ini adalah susulan kerusi DUN Balakong yang telah kosong selepas kematian penyandangnya Ng Tien Chee dari DAP akibat kemalangan pada Khamis yang lepas. -Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut