Skip to main content

Barisan Nasional Kehabisan Modal Politik, Mainkan Sentimen Kaum Dan Agama - Sivarasa


KLANG - BN didakwa kehabisan modal politik apabila memainkan sentimen kaum dan agama serta janji manifesto kerajaan PH, dalam kempennya di PRK Sungai Kandis.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R Sivarasa berkata, semua isu itu bagaimanapun tidak akan menggugat PH untuk menang dengan majoriti selesa di Dun berkenaan 4 Ogos ini.

Katanya, rakyat hari ini bijak menilai dalam menangkis isu-isu berkaitan yang dirasakan tidak munasabah.

"Rakyat berfikiran waras dan mereka tahu, belum sampai 100 hari pun (PH) memerintah dan kita ada lima tahun untuk kotakan janji-janji ini."

"Takkan orang rasa semua (janji) kena dibuat hari ini. Jadi taktik begitu macam taktik terdesak oleh Umno dan ia tidak akan 'termakan' oleh pengundi."

"Pengundi tahu, kita ada satu penggal untuk sampaikan semua janji kita dan mereka sudah lihat banyak pengumuman penting telah dibuat perdana menteri dan Kabinet."

"Saya rasa isu tempatan memang mereka tahu dan kita ada janji kita untuk selesai di peringkat Selangor dan nasional."

Saya yakin kita akan menang dengan majoriti cukup selesa," katanya ketika ditemui pada program Ziarah Kasih di Sungai Kandis, di sini, hari ini."

Sivarasa yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar berkata, sepanjang seminggu berkempen, pengundi di kawasan tersebut memberikan reaksi positif terhadap calon PKR Dun Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni."

"Saya nampak momentumnya 'okay' dan dalam tempoh (berbaki) lima hari ini, kita akan tingkatkan tahap kempen."

"Kalau dulu (PRU14) dalam keadaan empat penjuru kita menang majoriti selesa lebih 12,000 undi, sekarang saya yakin sokongan itu masih ada, ditambah pula dengan sebahagian penyokong Pas yang akan mengundi calon kita," katanya."

PRK Sungai Kandis bakal diadakan 4 Ogos ini ekoran kematian penyandangnya, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pada PRU lalu, Mat Shuhaimi memenangi kerusi Dun Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi dalam pertembungan empat penjuru menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon Pas, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76). - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...