Skip to main content

Wanita Russia Dinasihatkan Elak Melakukan Hubungan Seks Dengan Lelaki Asing


Skuad Russia gagal meraih sebarang kemenangan sejak lapan bulan lalu, demam Piala Dunia 2018 akan bermula malam ini dengan tuan rumah Russia akan menentang Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan.

Wanita Russia dinasihatkan mengelak daripada melakukan hubungan seks dengan lelaki asing bukan berkulit putih sepanjang kejohanan Piala Dunia kerana mereka boleh menjadi ibu tunggal kepada anak berdarah campuran.

Ketua Jawatankuasa Parlimen bagi Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Tamara Pletnyova semalam berkata, walaupun wanita Russia berkahwin dengan warga asing, hubungan itu tidak kekal lama.

"Wanita selalu terperangkap di luar negara atau di Russia dengan warga asing dan gagal mendapatkan semula anak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan di stesen radio mengenai "Kanak-Kanak Olimpik" selepas Sukan Olimpik Moscow pada 1980 di mana pendedahan mengenai isu itu belum diketengahkan secara meluas.

Masalah itu berlaku ketika era Soviet di mana lahirnya kanak-kanak bukan berkulit putih di kejohanan besar hasil hubungan seks antara wanita Russia dan lelaki dari Afrika, Amerika Latin atau Asia.

Kebanyakan kanak-kanak ini berdepan isu diskriminasi.

"Kita harus menjaga anak yang dilahirkan. Kanak-kanak berdarah campuran ini menderita sejak era Soviet lagi," kata Pletnyova kepada stesen radio Govorit Moskva.

Seorang lagi pengamal undang-undang berpendapat, penyokong luar boleh membawa virus kepada Piala Dunia dan memberi kesan kepda rakyat Russia.

Alexander Sherin berkata, rakyat Russia harus berhati-hati untuk melakukan hubungan dengan warga asing kerana mereka mungkin akan cuba menyebarkan bahan larangan di kejohanan itu.

Ribuan penyokong bola sepak daripada 31 negara berkunjung ke Russia bagi kempen Piala Dunia yang akan bermula hari ini antara pasukan tuan rumah dengan Arab Saudi.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...