Skip to main content

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Saudaranya TerimaTetamu Punya Anak 'Buas' Masa Sambut Hari Lebaran


Sudah pasti setiap kali menjelang Hari Raya,sesi kunjung mengunjung sanak saudara akan berada dalam senarai kita, tidak kira jauh mahu pun dekat pasti akan kita gigihkan untuk menziarahi mereka.

Pada masa perayaan sebeginilah ibu bapa akan mengambil peluang bertanya khabar diantara satu adik beradik yang lain setelah sekian lama tidak bersua muka kerana kesibukan kerja.

Dalam agama kita sendiri sudah pun mengajar adab-adab ketika berkunjung ke rumah jiran tertangga,lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil.

Melalui sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang pengguna laman Facebook dikenali sebagai Qhalida Qaseh menyatakan ini merupakan pengalaman saudaranya ketika menerima kunjungan dari sebuah keluarga yang mempunyai anak hyper (buas).

Menurutnya,ketika keluarga tersebut menziarahi rumah saudaranya,telah berlaku satu kemalangan dimana tv plasma milik saudaranya jatuh berderai ke latai kerana kebuasan anak-anak tetamunya.

Harga tv tersebut dikatakan berjumlah RM 3999,apa yang membuatkan saudarnya tidak puas hati adalah ibu kepada kanak-kanak ini tidak memarahi anaknya atas perbuatan tersebut.


Akibat takut dimarahi oleh tuan rumah,kanak-kanak tersebut terus bersembunyi dibelakang ibunya dan tidak lama kemudian,keluarga ini mula menunjukkan tanda-tanda mahu beredar dari rumah saudarnya tanpa meminta maaf.

Berang dengan tindakkan itu,saudaranya terus berhadapan dengan keluarga tersebut dan mengatakan "Bang harga tv rm3999, bayar sekaranglah yee, saya kumpul 4 kali gaji, kalau tak bayar jangan balik, saya report polis dan cas datang ceroboh dan rosakkan harta benda.".

sekadar gambar hiasan

Terkedu si suami mendengarnya,selepas beberapa minit berbincang dengan isternya,mereka menyatakan hanya mampu membayar jumlah sebanyak 2 ribu sahaja.Namun,tuan rumah tetap dengan penderian mengatakan "tidak" bayar seperti mana jumlah asal tv tesebut kerana hanya baru bulan mereka merasmikannya.

Walau bagaimanapun,kes tersebut telah pun selesai setelah isteri tetamunya itu mengadaikan telefon bimbit dan barang kemasnya bagi mengenapkan jumlah RM 39999.

Pengajaranya disini adalah,sekiranya kita mempunyai anak-anak yang agak buas diminta ibu bapa memantaunya dan jika tidak mahu perkara seperti ini berlaku seeloknya beraya sahaja lah dirumah.

Bila terjadi perkara seperti ini sudah tentu orang sekeliling akan menyalahkan ibu bapanya kerana tidak pandai mendidik anak-anak.

Sedari kecil lah kita perlu mengajar mereka apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan semasa berkunjung ke rumah jiran tertangga.Jangan pernah sesekali kita menyatakan 'alah ,mereka masih budak lagi",dari zaman kanak-kanak lah mereka perlu di didik dengan baik kerana apabila besar kelak mereka sudah susah untuk dilentur.Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...