Skip to main content

Video Wanita Dipukul Oleh Suami Guna Helmet Dan Ditendang


Indonesia - Tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang wanita yang dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai suaminya sendiri dengan teruk.

Menerusi video yang berdurasi empat minit tersebut kelihatan seorang wanita yang bertudung telah dipukul, disepak serta dipukul dengan menggunakan helmet oleh seorang lelaki.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di rumah kediaman mereka yang terletak di Dukuh Pucangkerep, Desa Kramat, Kecamatan Kota, Kudus, Jawa tengah.

Video tersebut pada mulanya menunjukkan pasangan suami isteri tersebut yang sedang berjalan bersama-sama sambil memakai helmet dan kelihatan suami wanita tersebut yang dalam keadaan marah sedangkan isterinya pula seperti berada dalam keadaan ketakuatan.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai TH berusia 27 tahun dilihat sedang membelek telefon milik isterinya yang dikenali sebagai MAR berusia 26 tahun sebelum kelihatan marah dan mencampakkan telefon berkenaan.

Seketika kemudian dilihat TH yang menghayun tangannya memukul MAR secara bertubi-tubi ke arah wajahnya sehingga MAR sedikit berganjak ke belakang.

Tidak cukup dengan menumbuk wajah isterinya itu, TH dilihat telah menendang perut MAR malah sempat menjeling ke sekeliling sebelum menyambung kembali tendangannya ke arah tubuh isterinya.

Tidak puas dengan menedang isterinya itu, helmet yang berada ditangan TH juga dijadikan alat untuk memukul wanita tersebut sehingga dilihat tidak berdaya untuk melawan.

Kedua-duanya sempat berbual seketika sebelum di lihat MAr duduk di lantai dalam keadaan tidak berdaya dan TH menyambung kekerasan tersebut dengan tendangan ke arah mukanya berkali-kali seperti sangat marah dengan MAR.

Kekerasan terbabit dilihat berakhir dengan kedua-dua mereka berjalan secara berjauhan sambil TH yang kembali memukul serta menendang wanita berkenaan sambil menyeret MAR sehingga terjatuh.

Video kekerasan rumah tangga terbabit dipercayai telah dirakamkan oleh jirang mangsa yang secara kebetulan menyaksikan kejadian tersebut. -Online News

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...