Video Tular Pergaduhan Di Tengah Lebuh Raya



Tular di media sosial apabila satu video berdurasi dua minit 50 saat memaparkan pergaduhan di tengah lebuh raya sehingga menambahkan lagi kesesakkan lalu lintas.

Video tersebut menunjukkan tiga orang lelaki yang sedang bertelagah ditengah lebuh raya dipercayai berpunca daripada pergeseran antara kereta yang dipandu oleh mereka.

Video tersebut telah dirakamkan oleh salah seorang pengguna jalan raya yang turut meyaksikan pertelingkahan antara mereka bertiga dan telah memuat naik video tersebut di akaun facebook miliknya.

Namun begitu tempat serta bagaimana kejadian tersebut berlaku masih tidak diketahui dengan jelas.

Merujuk kepada video tersebut kelihatan lelaki yang berbaju kuning telah menarik pemandu kereta yang telah terlibat dengan kemalangan kecil dengan kenderaannya itu ketepi seakan menyalahkan pemandu berkenaan.

Namun begitu dikatakan pemandu berkenaan telah mengajaknya untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan terus berlalu ke kenderaannya bagi mengambil telefon bimbit miliknya dipercayai bagi menghubungi rakannya.

Bagaimanapun lelaki yang berbaju kuning tersebut yang tidak diketahui identitinya seakan tidak berpuas hati dengan pemandu tersebut dan langsung menuju ke arahnya dan menariknya ketepi dengan cara kasar.

Rakan mangsa yang ditarik terbabit kemudiannya telah meluru kearah mereka dan cuba membantu rakannya dan telah menolak lelaki berbaju kuning tersebut bagi meleraikan mereka.

Isteri lelaki terbabit yang melihat suaminya telah ditolak jatuh ke lantai kemudiannya cuba mempertahankan suaminya kerana dikhuatiri dipukul oleh mereka namun kedua mereka langsung tidak bertindak memukul lelaki terbabit.

Kedengaran bahawa kedua lelaki berkenaan yang memarahi kembali lelaki berbaju kuning tersebut beserta isterinya yang dikatakan memulakan pergaduhan terbabit sedangkan mereka telah mendiamkan diri dan cuba untuk menyelesaikan dengan cara baik.

Lelaki berbaju kuning tersebut dipersalahkan kerana bertindak kasar serta memarahi mereka dengan teruk sedangkan perkara tersebut boleh diselesaikan dengan cara baik.- Online News