Skip to main content

Video Detik-detik Pemandu Bas Pengsan Ketika Bas Sedang Laju.


China - Sebuah bas yang membawa 30 penumpang hampir mengalami kemalangan apabila pemandu bas berkenaan secara tiba-tiba pengsan ketika bas berkenaan sedang bergerak laju.

Pemandu bas berkenaan dikatakan telah mengalami stroke sebelum jatuh pengsan sewaktu dia tengah membawa bas berkenaan dengan laju.

Video yang berjaya dirakamkan dari kamera di dalam bas berkenaan memaparkan detik-detik cemas ketika pemandu berkenaan yang secara tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika dia sedang memandu bas berkenaan.

Buat seketika bas berkenaan meluncur laju tanpa seorang penumpang pun yang menyedari perkara yang berlaku terhadap pemandu bas berkenaan.

Namun kesemua penumpang berkenaan bernasib baik selepas salah seorang penumpang bas berkenaan yang curiga akan cara pemanduan bas berkenaan dan langsung bertindak melihat tempat pemandu berkenaan sebelum cuba mengambil alih pemanduan bas berkenaan.

Seketika kemudian seorang lagi penumpang turut datang menghulurkan bantuan bagi menghentikan bas berkenaan yang sedang bergerak laju.

Menurut laporan Cover News, kejadian yang hampir menyebabkan kemalangan membabitkan 30 penumpang tersebut berlaku di jalan yang terletak di Kota Linyi, Provinsi Shandong sekitar pukul 6 pagi.

"Ketika kejadian hampir semua penumpang sedang tidur," kata Xie yang merupakan penumpang pertama yang menyedari keadaan pemandu bas berkenaan.

"Saya sangat terkejut ketika melihat ke tempat pemanduan apabila menemui pemandu bas berkenaan yang sedang dalam keadaan tidak sedarkan diri."

"Saya cuba untuk mengejutkannya bangun tetapi tidak berjaya menyebabkan saya segera mengambil alih mengawal bas berkenaan. Saya cuba memandu bas berkenaan ke jalan yang betul bagi mengelakkan kecelakaan,"katanya lagi.

Seketika kemudian muncul pemandu simpanan yang datang menghulurkan bantuan sehingga berjaya memberhentikan bas yang sedang bergerak laju berkenaan.

Selepas bas berkenaan berhenti mereka cuba memberikan bantuan kepada pemandu bas yang telah pengsan terbabit sementara menunggu bantuan yang telah mereka hubungi sejurus bas berhenti.

Ambulans yang tiba di sana terus membawa pemandu berkenaan ke hospital sementara kesemua penumpang berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Online News

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut